Follow Us @soratemplates

Rabu, 29 Ogos 2018

Aidil Adha di Masjid Subang Airport bersama Anak-anak Akademi Tahfiz..

Assalamualaikum...
Bismillahirrahmanirrahim permulaan kata Linda kali ni..



Selamat Hari Raya Aidiladha buat kedua emak abah Linda, suami tercinta, anak-anak tersayang serta saudara mara Linda samada yang jauh mahupun yang dekat. Tak lupa juga untuk semua kenalan, sahabat handai dan pembaca setia blog Linda...

Maaf, raya aidiladha tahun ni Linda tak dapat nak balik kampung sebab anak Linda yang belajar di Akedemi Tahfiz Masjid Hijau Subang Airport tak dapat bercuti. Anak diberi curi selepas menjalani ibadah korban di Masjid.






Jadi, Linda dan suami serta anak-anak yang lain bersepakat untuk beraya di masjid yang sama. Satu kelainan dalam hidup Linda kerana selama ini hampir 40 tahun hidup ini baru pertama beraya di Masjid. Alhamdulillah, dapat merasai sesuatu yang baru dalam hidup. Kenangan yang tak akan Linda lupakan.

Selepas solat subuh, Linda, suami dan anak-anak bersiap untuk ke Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim Shah, Subang. Juadah raya pun Linda tak sediakan apa-apa sebab di malam raya Linda masih lagi menolong suami kat stall burger kami. Masa Linda macam terhad sangat. Balik niaga badan dah letih, nak ke dapuq pulak memang tak la.

Sampai kat masjid, mereka dah mulakan ibadah korban...ramai jugak la yang terlibat. Ada 8 ekor lembu dan 7 ekor biri-biri. Dapat la anak-anak Linda menyaksikan bagaimana ibadah korban ni dilaksanakan. 




Selesai gotong-royong sembelihan, daging-daging ni di masak oleh pihak masjid untuk menjamu tetamu yang hadir. Linda dan anak-anak pun turut sama menikmati hidangan yang disediakan. Yang paling best dapat makan daging yang fresh. Memang tak cukup sepinggan bila makan ramai-ramai macam ni.




Apapun Linda dan anak-anak tetap merayakan Aidiladha tahun ni dengan penuh rasa kesyukuran dan sangat happy...😍

Anak Linda yang belajar kat Akedemi Tahfiz Masjid ni pun dapat cuti sehingga  hari Ahad. Alhamdulillah....aamiin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan