Follow Us @soratemplates

Isnin, 12 Mac 2018

Tempek pisang sempoi..

Assalamualaikum dan salam sayang...


Alhamdulillah, rezeki dapat pisang daripada mak mertua yang baru balik dari kampung...Linda rasa macam nak buat tempek pisang. Petang-petang ni kalau makan tempek pisang panas-panas memang sedap kan... Bukan susah pun nak buat dia, janji ada pisang ada tepung jadi la...Cekodok pisang pun sedap tapi lebih baik buat tempek pisang untuk kurangkan makan makanan berminyak...

Tempek pisang ni memang berebut makan dengan anak-anak.. jom tengok bahan-bahan dan cara Linda nak buat tempek pisang sempoi ni...cikidot 😊 


Alan dengan sambal tumis bilis...

Bahan-bahan diperlukan:

1 cawan tepung gandum
1 cawan pisang emas/ berangan
1 cawan air
1/2 cawan gula perang(brown sugar)
1/2 st garam
2 sb kelapa muda parut
minyak masak

Cara menyediakan dan memasak:

Tepung gandum, air & garam masukkan dalam blender...kisar sampai tepung tak berketul. Adunan memang nampak agak cair. Masukan pisang, kisar sekejap jer jangan hancur sangat pisang tu...nant tak terasa pisang...

Panaskan kuali lagi elok guna non stick pan. Masukkan sikit minyak masak, ambil sesenduk adunan dan ratakan. Masak dengan api slow. Bila dah masak, balikkan yg sebelah bawah pula.

Bila dah agak kekuningan kira dah masak lah tu. Dah siap dan boleh untuk dimakan dengan sambal tumis, kari ikan atau sardin cili api...sedap sangat makan panas-panas...mudah dan jimat masa dan sangat sedap...

Ratakan mengikut kesesuaian
Dah masak dah
Lapik dengan daun pisang...klu ada daun la...

Anak-anak dan suami pun suka...memang menjadi kegemaran linda sekeluarga...Apa yang penting hasil air tangan daripada seorang isteri dan ibu yang masuk ke dalam perut akan mengeratkan lagi kasih sayang agar terus berpanjangan...walaupun masak benda yang simple ...

Selamat mencuba...!!!😘

Tiada ulasan:

Catat Ulasan