Follow Us @soratemplates

Sabtu, 3 Mac 2018

vBarista~ Dari biji kopi menjadi cawan...


Assalamualaikum dan salam sayang...

Mesin air vBarista di Sogo
Jom ikut Linda pekena kopi vBarista...kopi yang telah diadun di dalam mesin layan diri dari biji kopi terus ke dalam cawan dari Italy yang menggunakan teknologi terkini. Penggunaan mesin ini sangat mudah tanpa menggunakan wang tunai. Kini, boleh didapati di Sogo dengan harga promosi cuma RM2.99....x percaya, jom kita ke Sogo





Pada zaman moden dan yang sedang membangun ini, terdapat banyak mesin-mesin air elektronik di sediakan di tempat-tempat awam seperti di sekolah-sekolah dan juga di pasaraya-pasaraya. Kini, Mesin kopi tanpa tunai dari vBarista produk dari Italy terus meningkat di seluruh dunia dan terdapat banyak keistimewaannya.




Kepada penggemar kopi di luar sana, vBarista maya kini memenuhi citarasa anda. Sebagai mesin layan diri tanpa tunai, vBarista membuat kopi segar untuk pelanggannya dengan harga yang sangat berpatutan antara RM3 hingga RM6. Biji kopi yang digunakan untuk minuman ini adalah dari Caffe Vergnano, roaster kopi tertua Italian yang terkenal dengan campuran unggul dengan menggunakan bahan mentah terbaik yang dipanggang dalam kaedah tradisional.

Peminat-peminat kopi yang ingin menikmati minuman ini tidak perlu menggunakan duit. Hanya dengan melakukan lima perkara mudah ini iaitu: 

1. Daftar masuk di www.vBarista.com.

2. Isikan maklumat ringkas.

3. Kod QR akan diterima dan email akan dihantar untuk pengesahan.

4. Pilih untuk tambah nilai sebanyak RM5, RM10, RM20 @ RM50.

5. Kemudian pembayaran boleh dibuat menggunakan debit atau kredit kad.



Selepas itu Linda akan terangkan cara menggunakan kod QR pulak untuk anda membeli kopi vBarista ini. Caranya mudah ja, semudah abc...Hehe

a) Pilih minuman yang menjadi pilihan hati anda.



b) Sentuh kod QR pada skrin yang disediakan.


c) Dah selesai.... tunggu ja minuman yang kita pilih td siap....
Tadaaaaa...dah siap, boleh minum dan nikmatilah kelazatannya..


Jemput minum......


Konsep utama vBarista adalah  - dari mesin menjadi kacang hingga cawan. vBarista juga adalah untuk memudahkan pelanggannya tanpa membawa duit yang banyak yang boleh menyebabkan kecurian dan sebagainya. Dengan kos permulaan dan operasi yang lebih rendah berbanding kedai fizikal, dan kemudahan mobiliti, vBarista boleh dipasang di hampir mana-mana lokasi, yang membolehkan peminum kopi merebut Moccaccino, Caffe Latte atau mana-mana minuman lain dengan cepat dan mudah.




Nak tau kat mana lagi ada mesin vBarista ni..

vBarista kini boleh didapati di beberapa lokasi di Lembah Klang iaitu Bursa Malaysia, Mall 14 Seksyen 14 PJ, BAC Vsa PJ, Dewan ATM Sogo dan Matrade MEEC Level 2, dan tidak lama lagi akan dilancarkan di lebih banyak lokasi. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari:

www.facebook.com/vbarista atau 
http://www.vbarista.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan