Follow Us @soratemplates

Sabtu, 17 Februari 2018

PEKA Malaysia - Pelancaran ' Save Our Rainforest Race 2018'

Assalamualaikum n salam sejahtera...

SORR 2018
 Alhamdulillah baru-baru ni lindasempoi telah beri peluang menyertai Program Pelancaran 'Save Our Rainforest 2018' atau singkatannya 'SOOR 2018'  kali ke 6 bertempat d Concorde Hotel Kuala Lumpur.

Ucapan Perasmian
Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan seterusnya dirasmikan oleh Presiden PEKA Malaysia, iaitu Yang Berbahagia Puan Sri Shariffa Sabrina yg menjadi tulang belakang utama yg telah menjayakan majlis tersebut bermula dari tahun 2013. Secara rasminya PEKA Malaysia (Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia) melancarkan Program ' Save Our Rainforest 2018 atau SOOR 2018 kali ke 6 yg bertempat d Concorde Hotel Kuala Lumpur.

      Upacara penyerahan replika cek turut diadakan drp penaja utama iaitu UMW Toyota dan juga Concorde Hotel.
Penaja Utama UMW Toyota

Penaja Concorde Hotel

Sesi Q & A
Majlis ini turut diserikan lagi dengan persembahan istimewa pantomin daripada pelajar-pelajar Sekolah Cempaka yg bertajuk  
"Cut Your Greed,Not Your Green" yg menjadi moto SOOR 2018
Persembahan Pentomin daripada Pelajar Sekolah Cempaka.

Para tetamu yang hadir juga turut dihiburkan dengan persembahan khas oleh Bob Yusof (Bob AF) dgn lagu tema PEKA bertajuk "Khazanah Alam"

Persembahan nyanyian daripada Bob Yusof




Tajuk Lagu : Khazanah Alam
Penyanyi : Bob Yusof (Bob AF)
Komposer : Bob Yusof & Saidful Hamdan El Huszien
Lirik : Bob Yusof & Norzahan Bahani
Penyanyi Latar : Bob Yusof, Nurul Shida Ee & Shieyla Ideris

NEGERI SELANGOR DIPILIH SEBAGAI TUAN RUMAH SORR 2018

Program ini amat menggalakkan dan mendapat sambutan orang ramai pada setiap tahun.  Dijangkakan SOOR 2018 
akan mengumpul lebih 2000 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai golongan dan peringkat dari seluruh negara dan Sebastian 1000 batang pokok hutan pelbagai jenis.

SORR 2018 memilih Hutan Simpan Gading, Hulu Selangor, SELANGOR. Acara dijangka akan berlangsung pada 24 Mac 2018 akan datang. Untuk makluman semua, SORR telah diadakan dibeberapa negeri iaitu :


NEGERI SELANGOR DIPILIH SEBAGAI TUAN RUMAH SORR 2018

Acara yang diadakan setiap tahun sangat menggalakkan dan tahun ini SORR 2018 dijangka akan mengumpul lebih 2000 orang peserta pelbagai peringkat dari seluruh negara dan menyasarkan penanaman sebanyak 1000 batang pokok hutan pelbagai jenis. SORR 2018 memilih Hutan Simpan Gading, Hulu Selangor, SELANGOR. Acara dijangka akan berlangsung pada 24 Mac 2018 akan datang. Untuk makluman semua, SORR telah diadakan dibeberapa negeri iaitu :


1) Tahun 2013 - Hutan Chamang Lipur, Bentong, PAHANG.
2) Tahun 2014 - Hutan Simpan Sungai Besi, KUALA LUMPUR.
3) Tahun 2015 - Hutan Lipur Kuala Woh, PERAK.
4) Tahun 2016 - Hutan Simpan Sungai Menyala, Port Dickson, NEGERI SEMBILAN.
5) Tahun 2017 - Taman Negara Pulau Pinang, Teluk Bahang, PULAU PINANG.


OBJEKTIF DAN VISI UTAMA SORR 2018.

SORR 2018 kali ini seperti pada edisi-edisi yang lepas, objektif dan visi utama SORR adalah untuk mendedahkan dan memberi ilmu kepada peserta berkenaan penjagaan dan pemuliharaan hutan di negara ini. SORR 2018 bukan sahaja melibatkan laluan kawasan hutan sahaja tetapi turut melibatkan laluan di kawasan rekreasi Kolam Air Panas Kerling, Hulu Selangor.



Puan Sri Presiden PEKA mengharapkan,SARR 2018 menjadi platform kepada masyarakat khususnya golongan muda agar lebih menjiwai dan mempunyai kesedaran mendalam mengenai kepentingan pemeliharaan hutan-hutan tropika di negara ini.

Seperti edisi SORR yang lepas, setiap pasukan yang ingin menyertai SORR 2018 akan terdiri dari 2 orang peserta dengan bayaran sebanyak RM80.00/ seorang atau RM160.00/ pasukan. 

Jomm!!! ramai-ramai kita sertai Save Our Rainforest Race (SORR) 2018, di Hutan Simpan Gading, Kerling, Hulu Selangor pada 24 Mac ini. Boleh mendaftar mulai sekarang melalui : 

Laman Web : www.PekaMalaysia.org




1 ulasan:

  1. jarang orang kita nak aktif dalam bidang2 mcm ni kan...tahniah anda sebahagian yg menginfak tenaga

    BalasPadam