Follow Us @soratemplates

Ahad, 18 Februari 2018

DAY @ Hiking Puncak Denai 3 Puteri...

Assalamualaikum n salam sejahtera untuk semua...


Papan Tanda Di Puncak Denai Tiga Puteri
Akhirnya berjaya jgk utk kami sampai ke Puncak Denai Tiga Puteri ... hiking pertama kalinya bersama-sama jiran kg tgh serta permata hatiku... Dah lama merancang tp tak kesampaian utk hiking bersama2 jiran2 ni...sesungguhnya perancangan Allah itu adalah yg terbaik, bukan mudah utk kita mencapai sesuatu impian apatah lg utk berada d puncak tertinggi...walaupun Denai 3 Puteri tidaklah seperti memanjat gunung tahan mahupun gunung kinabalu tetapi cabarannya tetap ada terutama utk yg pertama kali dlm hidupnya melakukan aktiviti seperti ini.

Pemandangan dari Puncak Denai Tiga Puteri...
Walaupun ni bkn kali pertama kami hiking tp semput jgk la nak sampai peak...setelah berbelas tahun meninggalkan aktiviti seperti ini...rindu zaman bujang dlu yg selalu sgt join camping, hiking, jungle tracking n seangkatan dgn nya..


Untuk sampai ke Puncak Denai 3 Puteri, kami melalui trail temuan, bertemu trail sahabat,trail unity dan yg terakhir trail Denai 3 Puteri.

Diawal perjalanan agak santai sebab tracking biasa ja tapi laluan agak panjang. Penat jgk la walaupun laluan biasa dan belum mencabar. Air kena bwk byk jgk la sbb akan terasa haus sepanjang mendaki. Ank2 sudah laju ke depan.
Daripada trail temuan ke trail sahabat dah mula mendaki sikit. Masih tak mencabar lagi tau. Haaa..ha.. bermula di trail Denai 3 Puteri ni dah ada cabaran. Klu sebelum ni kt cuma tracking biasa ja turun naiknya, tp kat cni kena mendaki skit. Tali ada disediakan tp kena hati2 jgk sbb laluannya agak curam. Kasut kena pakai yg sesuai klu tak alamatlah ko dikkk....Tambah plak kasut yg tak mencengkam,bahaya takut tergelincir.





Cabaran terakhir ke Denai 3 Puteri ni, kawasannya curam ke tepi tp ada lg tali yg boleh di pegang utk membantu kita mendaki ke atas. Boleh la pegang tali utk meniti ke atas.

Dah sampai ke Puncak Denai 3 Puteri. Inilah pemandangan di puncak yg dapat kita lihat iaitu Lebuhraya NKVE n Kota Damansara dari jarak yg jauh. Baru terasa lapar bila dah sampai atas. Sempat la masak maggi n berkelah kat atas tu yg jiran2 bawak. Kami ank beranak x prepare apapun cuma berbekalkan biskut ja. Berebut-rebut ank2 ni menunggu giliran nak amek maggi. Lebih kurang sejam berada di Puncak Denai 3 Puteri sambil menikmati keindahan alam semulajadi. Sempat berposing dan mkn2 bekalan yg ada. Bukan senang nak sampai atas ni. Jiwa kena kental jgk tau wlupun x byk cabaran.

Anak-anak dok beratuq tunggu maggi..

 Masa balik sepatutnya kami guna trek yg sama tapi aku dengan anak yang sulong telah terpisah daripada group kami. Sampai pertengahan jln turun tersalah amek trail,sepatutnya amek trail seblh kiri tp terambik trail yg kanan. Tawakkal ja la,dlm hati ni x putus doa agar dipermudahkan n dpt turun dgn selamat. Ada jgk jumpa seorang dua semasa turun blk tu. Last2 sampai jgk tp kat seksyen 8.

 Alhamdulillah selamat sampai dlm kul 12 lebih. Nak turun sekejap ja sbb trail agak landai. Tp sebab salah trail jd lmbt skit sampai  bawah berbanding dgn yg lain. Depa sampai lg awai dah siap rileks kat bawah wakaf yang disediakan.

Inilah sedikit coretan trip hiking di Hutan Simpan Kota Damansara....


Lokasi

Hutan Simpan Kota Damansara terletak di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 10, Kota Damansara. Pintu masuk di Seksyen 10 sangat sesuai bagi pengunjung yang ingin mengikuti Denai Petaling, Denai Pengakap, Denai Temuan dan Denai Sahabat. Kalau ada pengunjung yang ingin ke Denai Harmoni pulak pintu masuknya dari Seksyen 9 yang berdekatan Taman Rimba Riang.

Untuk Maklumat Lanjut, sila layari:

Web site: http://kotadamansaraforest.org/

Persatuan Rimba Komuniti Kota Damansara
99, Japan Rimba Riong 9/15,
Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya.
No Tel: 012 3520215

Tiada ulasan:

Catat Ulasan