Follow Us @soratemplates

Jumaat, 23 Februari 2018

Manfaat Cukai utk Bersama...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Bersama pelakon ~ Remy Ishak

Berlokasi di Kawasan Rehat dan Rawat Seremban (Arah Selatan) pada 13 Februari yang lalu, Linda Sempoi telah mengikuti satu program bersama LHDNM ( Lembaga Hasil Dalam Negeri) yang dinamakan 'Creating Awareness Sharing Nation's Prosperity' dalam mendekati rakyat untuk memberi kesedaran mengenai kepentingan cukai kepada pembangunan Negara kita. 

Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin adalah menjadi tanggungjawab kita untuk kita membayar cukai. Cukai ini adalah untuk kepentingan bersama. Kali ini lindasempoi diberi pendedahan dengan lebih luas lagi tentang cukai.



Kenapa perlu bayar cukai

Sekiranya kita tidak membayar cukai segala perancangan untuk memajukan negara tidak akan terlaksana dan tercapai. Hasil daripada cukai itulah kerajaan dapat membangunkan sistem pendidikan seperti sekolah dan institusi pengajian tinggi demi untuk kita bersama. Daripada segi perubatan, kutipan daripada hasil cukai juga digunakan bagi membekalkan ubat-ubatan kepada pesakit-pesakit di negara ini.

Secara ringkasnya, cukai ialah kunci kepada pentadbiran Negara yang berkesan dan kita tidak akan dapat lari darinya. Namun, sebelum kita boleh menerima cukai dengan hati yang terbuka, seseorang itu perlu lah paham bagaimana dan kenapa cukai digunapakai oleh sesebuah Negara. Jika kita gagal memperoleh kutipan cukai dengan baik, Negara akan berhadapan masalah ekonomi yang serius, sekali gus tidak dapat menyediakan kemudahan serta perkhidmatan terbaik kepada rakyat.







Program Creating Awareness Sharing Nation's Prosperity adalah Salah Satu Usaha 'LHDN' turun padang dan merupakan Tema Program ini.

LHDNM telah mengambil satu langkah dengan mengadakan program seperti ini. Program yang berlangsung selama dua hari di dua lokasi yang berbeza iaitu di R&R Seremban (arah Selatan) dan R&R Tapah (arah Utara).Kedua-dua arah itu dipilih kerana ia bersesuaian dengan jadual perjalanan balik kampung bagi kebanyakan pembayar cukai terutamanya di kalangan Kaum Tiong Hua yang akan menyambut perayaan Tahun Baru Cina pada 16hb & 17hb Februari 2018 ini.

Dengan ini, pihak LHDNM dapat mendekati pembayar cukai dengan lebih dekat dan pembayar cukai juga berpeluang untuk mendapatkan maklumat serta khidmat nasihat mengenai cukai pendapatan dari kaunter perkhidmatan bergerak yang telah disediakan oleh pihak LHDNM.

Ia juga dapat membuktikan bahawa pihak LHDNM adalah sebuah agensi kerajaan yang turut prihatin dan 'caring organisation'  terhadap masyarakat dengan cara turun sendiri ke padang yang bukan hanya sekadar agensi pengutip cukai.

Beberapa orang artis tanahair juga turut memberi kerjasama serta sokongan yang jitu dalam menjayakan program tersebut. Ini menunjukkan yang golongan artis juga turut sama dalam menyokong bahawa cukai merupakan salah satu 'asset community'  yang penting dalam memastikan kesejahteraan negara. Mereka juga turut sama mengedarkan 'goodies bag' kepada pengunjung yang singgah di R&R tersebut. Antara artis yang terlibat adalah seperti :~

~ Dato' Fizz Fairuz (pelakon)
~ Remy Ishak (pelakon)
~Elizabeth Tan (pelakon)
~ Ippo Hafiz (pelakon & penyanyi)

Antara selebriti yang hadir







JOM KITA BERSAMA-SAMA  BERGANDING BAHU DALAM MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB KITA DALAM KESEJAHTERAAN DAN KEHARMONIAN NEGARA TERCINTA

Untuk maklumat lanjut, sila layari:

Laman website: http://www.hasil.gov.my/
FB: https://m.facebook.com/LHDNM/?sk=wall
IG: https://www.instagram.com/LHDNM/


Sasaran 1000 pengunjung iaitu bagi pengguna lebuhraya yang juga merupakan pembayar cukai dan bakal pembayar cukai akan didekati bagi membolehkan anda mendapatkan perkhidmatan yang ditawarkan oleh LHDNM.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan