Follow Us @soratemplates

Selasa, 15 Mei 2018

WILQADRY ~ Syarikat Pengaturcara yang merealisasikan hari bahagia Dynas & Shazrik...💖

Mei 15, 2018 1 Comments
Assalamualaikum dan salam sayang semua..

Alhamdulillah, baru-baru ni Linda Sempoi berkesempatan untuk ke sidang akbar sempena majlis resepsi pelakon, pengacara dan usahawan terkemuka, Dynas Mokhtar  dan pasangannya Shazrik Din. 





Dalam majlis raikan cinta Dynas dan pasangannya ini bakal dianjurkan oleh syarikat pengaturcara inovatif yang pakar dalam bidang dekorasi dan teknologi, WILQADRY.

Wilqadry mengorak langkah dalam menjayakan majlis resepsi dengan menekankan konsep kegemaran Dynas bertemakan hijau alam semula jadi yang berunsurkan bunga kayu putih, tulip dan juga orkid...

Linda berasa sangat teruja dan sangat bertuah sebab Linda merupakan peminat yang pertama mengetahui konsep majlis perkahwinan Dynas Mokhtar & pasangannya sebelum majlis bermula...😍

Kalau hangpa nak tau, Majlis gilang-gemilang perkahwinan Dynas Mokhtar dan Shazrik ni ialah untuk pertama kalinya di Malaysia yang  akan mempamerkan unsur Maghribi diwarnai air yang mengalir dalam pergerakan visual yang dipancarkan di atas pelamin dan juga visual pergerakan tandatangan di atas kek yang menggunakan teknologi 'projecting mapping'.




Apa yang menariknya lagi, 'projecting mapping' yang akan digunakan pada hari istimewa Dynas bakal menggabungkan konsep perkahwinan tradisional dengan teknologi audiovisual terkini, mempamerkan 'X factor' Wilqadry yang mampu memberikan perkhidmatan inovatif dan unik di Malaysia.

Gabungan dekorasi botani yang diregukan bersama teknologi 'digital projection' mampu melonjakkan lagi nama Wilqadry sebagai pengurus acara moden yang berani mengambil risiko untuk memperkenalkan konsep yang baru dan unik kepada hadirin di Malaysia.

Secara rasminya Dynas telah menjadi duta untuk Wilqadry selama 2 tahun selepas menandatangani kontrak secara rasmi pada majlis sidang akbar ini...





[Sedikit Info Tentang WILQADRY]...

Telah diasaskan oleh Sharifah Rohaida Al Qadry iaitu seorang ahli perniagaan yang berumur 32 tahun dan berasal dari Shah Alam. Beliau mempunyai latar belakang dalam industri tekstil, reka bentuk dan kejututeraan.

Wilqadry adalah sebuah syarikat kreatif dan pengurusan acara yang berkepakaran dalam bidang teknologi dan mempunyai pelbagai fungsi dalam pelbagai konsep acara seperti perkahwinan, gaya hidup, hiburan dan korporat. Mempunyai 30 orang kru dan kakitangan dari pelbagai bidang.

Nama Wilqadry adalah gabungan perkataan 'will' yang bermaksud pertimbangan untuk mencapai matlamat tertentu dan nama pengasas syarikat Sharifah Rohaidah Al Qadry dimana nama 'Qadry' membawa maksud 'ketepatan', mengupas idea Wilqadry yang meletakkan kepentingan dalam memasang niat yang pasti untuk melakukan sesuatu dengan tepat.

Kalau hangpa nak tau, pada bulan Julai nanti Wilqadry bakal mengendalikan dewan aturcara sendiri iaitu 'Grandeur Hall' yang berlokasi di Putrajaya. Dewan ni boleh menampung seramai 500 hadirin untuk segala macam majlis...

Wilqadry adalah perkahwinan, gaya hidup, hiburan, pengurusan acara korporat dan kumpulan pengaktifan kreatif yang pelbagai, yang mengkhususkan diri dalam kontra konseptualisasi dan melaksanakan platform kreatif yang hebat. Inti jenama Wilqadry terletak pada namanya yang menggabungkan perkataan 'will', yang bermaksud pertimbangan untuk mencapai matlamat tertentu, dengan nama pengasasnya, Sharifah Rohaida Al Qadry. Wilqadry dipertanggungjawabkan oleh krew dan kakitangan yang berpangkat-dan-fail yang terdiri daripada generasi baru pemikir dan pengendali kreatif dan penunggu pintu gerbang generasi lama syarikat itu. 

Hari ini, Wilqadry berusaha untuk menjadi syarikat acara trailblazing dengan mata untuk masa depan ke arah pelbagai perselisihan seperti konsert muzik, pameran fesyen, dan pameran seni yang memberi penekanan kepada kemajuan teknologi untuk meningkatkan kedudukan Wilqadry di pasaran homegrown.

Kepada hangpa yang berminat untuk mengadakan sebarang acara seperti konsert, pertunjukan fesyen, pameran seni, majlis perkahwinan dan lain-lain majlis...hangpa boleh lah hubungi Wilqadry di :


Whatsapp : +60197571786
Hotline : +60126348985
Email : sales.wilqadry@gmail.com

Alamat : Wilqadry Grandeur Enterprise

Suite 5A, Level 5, Menara Dato Onn, 
Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC),
Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur

Hall : Wilqadry Grandeur Hall Unit

No.C-1-01 & 02 & 03, 
Conezion-IOI Resort City,
62502 Wilayah Persekutuan Putrajaya



"Bersama kita doakan agar perkahwinan kedua Dynas yang sebelum ini bergelar ibu tunggal selama empat tahun akan terus berkekalan hingga ke akhir hayat, aamiin..."😘

Jumaat, 11 Mei 2018

Sebaik Solat Bacalah 2 Doa Ini Untuk Naikkan Seri Wajah, Amalkan Agar Orang Sayang Lebih..

Mei 11, 2018 10 Comments
 Assalamualaikum dan salam sayang ...😘

Terima kasih pada yang sudi jengah blog Linda yang sangat sempoi dan simple ni...Harini Linda nak share sikit Ilmu yang Linda petua daripada arwah maktok Linda untuk yang nak naikkan seri wajah dan orang memandang kita dengan perasaan kasih sayang...😍 Arwah selalu pesan kat linda untuk amalkan doa ni...Alhamdulillah, memang Linda sentiasa amalkan doa ni setiap lepas solat fardhu...

Sudah menjadi fitrah manusia, kebanyakkan wanita seperti kita sangat mementingkan kwcantikan dan kalau boleh sehingga usia walaupun sudah mencecah 40 tahun ke atas pun wajah masih nak nampak sentiasa muda dan bertenaga...

Mari lah kita amalkan ayat pengasih surah Yusuf ayat 4 dan Surah Thahaa ayat 39 seperti di bawah ini.

Syarat Amalkan 2 Doa Ini...
Bagi sesiapa yang sudah mengamalkan, Alhamdulillah.. teruskan… Ayat ini adalah ayat pengasih bagi mengeratkan lagi hubungan suami isteri dan ianya juga boleh membentuk  sahsiah dan juga sikap anak-anak ( jadi anak-anak akan hormat kita sebagai ibu bapa mereka), keluarga dan sahabat handai serta rakan taulan...

 “Idz Qaala Yuusufu Li Abiihi Yaa Abati Inni Ra Aitu Ahada’ Asyara Kaukabauw Wasy Syamsa Wai Qamara Ra aituhum Lii Sajidin”

Maksud Surah Yusuf Ayat 4 :

(ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: “Wahai ayahku! Sesungguhnya Aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; Aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku“

Setelah membaca surah teruskan dengan membaca keratan ayat dalam surah Thaahaa ayat 39.

 “Wa-alqaytu ‘Alayka Mahabbatan Minnii Walitushna’ ‘Alaa ‘Ainii”

Maksudnya surah Thaahaa ayat 39 :

 “Dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya Engkau dibela dan dipelihara Dengan pengawasanKu”

Cara Afdhalnya:

√    Dibaca 3 kali kemudian sapu ke muka wajah.
 √    Amalan ini juga sesuai bagi mereka yang berat jodoh.

Perlu diketahui :

Jangan membaca tanpa memisahkan ayat tersebut. Surah Yusuf ayat 4 dibaca sehingga selesai, kemudian berhenti sebentar dan teruskan membaca keratan surah Thaahaa ayat 39. Jangan disambungkan terus dengan bacaan surah Yusuf tadi.

Setiap kali bertemu atau bersua dengan isteri/suami, bacalah kedua ayat ini. Untuk mendapatkan kesan yang baik, hendaklah diamalkan selalu membaca dihadapannya. Tidak perlu membaca dengan kuat, memadailah dengan hanya membaca di dalam hati. Selain itu agar dikasihi masyarakat, bacalah kedua-dua ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali.

Kalau nak suami atau isteri dengar cakap kita bacalah doa ini. Kalau nak anak-anak lembut hatinya pun baca doa ini.
Kalau nak wajah cantik berseri juga baca 2 doa ini...😊

Sebaik Solat Bacalah 2 Doa Ini Untuk Naikkan Seri Wajah dan Selalulah Kita Amalkan Agar Orang Sayang Lebih...

p/s: Linda doakan semoga hangpa yang singgah dan baca post kali ini, akan dapat menaikkan lagi seri wajah, nampak lebih cantik dan bahagia di samping insan yang tersayang. 😘

Isnin, 7 Mei 2018

SAFI SHAYLA AKTIFKAN DIRI ANDA BERSAMA SAFI SHAYLA ~ PAKAR RAMBUT WANITA BERTUDUNG ~

Mei 07, 2018 0 Comments
Assalammualaikum dan 
salam sayang semua...😍 hi!





SAFI SHAYLA
AKTIFKAN DIRI ANDA BERSAMA SAFI SHAYLA ~ PAKAR RAMBUT WANITA BERTUDUNG ~

Alhamdulillah, baru-baru Safi Shayla mengadakan majlis pelancaran syampu terbaru yang bertempat di District 21, IOI City Mall, IOI Resort City, Putrajaya. Dengan tema 'Aktifkan Diri Anda Bersama Safi Syala Pakar Rambut Bertudung' sangat sesuai dengan aktiviti yang dijalankan. Acara yang sangat- sangat menarik lagi meriah dengan pelbagai aktiviti lasak sinonim dengan District 21 yang merupakan lokasi aktiviti riadah indoor dan lebih kepada aktiviti ketangkasan. Ianya bukan sahaja untuk wanita yang bertudung sahaja tau, yang tak bertudung pun sesuai juga untuk memiliki dan menggunakan.




Tak dinafikan bukan senang untuk kita memilih set perawatan untuk rambut kita apatah lagi macam linda ni yang bertudung sepanjang hari...kekadang ada jugak produk yang tak sesuai dengan linda...so, pandai-pandai la kita memilihnya..bagi linda sekarang ni dah tak dak masalah dalam penjagaan rambut ataupun kulit kepala linda...Dengan Safi Syala segalanya sudah terjawab! 😍 

Pada era yang moden ini, masa merupakan sesuatu yang amatlah penting dan tidak boleh dijual beli. Oleh kerana dunia yang semakin pesat membangun dan masa tidak menunggu sesiapa pun, ramai diantara golongan wanita terutamanya yang bertudung sering menghadapi masalah rambut rapuh dan kegatalan kulit kepala. Ini boleh berpunca dari pelbagai faktor antaranya kekalutan dan tekanan bekerja mahupun kekotoran dan habuk akibat pencemaran.

Keyakinan diri adalah kunci utama bagi golongan wanita untuk menjalankan tugasan 
seharian dengan lebih berkualiti dan bertenaga. Oleh sebab itu, golongan wanita yang  bertudung mahupun tidak, kini usah risau, gentar mahupun kecewa kerana SAFI yang merupakan rangkaian produk Halal yang terbesar di dunia dalam produk penjagaan 
diri memahami masalah yang dihadapi oleh golongan tersebut.

SAFI telah mengeluarkan rangkaian lengkap produk penjagaan rambut wanita bertudung – SAFI SHAYLA. Produk ini bukan hanya ditambah baik di dalam variasi syampu tetapi SAFI SHAYLA kini memperkenalkan Mist 2 dalam 1 Rambut & Hijab, Serum Rambut dan Minyak Rambut yang membantu golongan wanita bertudung dengan penjagaan rambut yang rapi untuk memberikan rambut yang sihat dan bersinar.

SAFI SHAYLA kini mempunyai formulasi baru yang mengandungi 1001 manfaat Habbatus 
Sauda dan kebaikan Micro Bamboo Charcoal. Habbatus Sauda merupakan ekstrak yang digunakan sejak zaman dahulu lagi dan dipercayai dapat memberikan manfaat kepada penggunanya. SAFI memperkenalkan Habbatus Sauda di dalam produknya kerana ia dapat membantu mengurangkan kegatalan kulit kepala dengan cara mencegah penghasilan bakteria. Tambahan pula, Habbatus Sauda dapat mengekalkan rambut sihat kerana ia dapat menghindari keguguran rambut dan membuat rambut lebih lembap dan bersinar. Micro Bamboo Charcoal membantu menghilangkan toksin daripada kulit kepala, 
mengurangkan rambut berminyak dan memberikan sinar kepada rambut. Dengan 
mengeluarkan minyak dan kotoran, Micro Bamboo Charcoal menjadikan rambut lebih 
lebat dan pada masa yang sama dapat mengawal bau rambut. Bau rambut merupakan sesuatu yang penting untuk golongan wanita bertudung kerana ia dapat meningkatkan keyakinan diri. 

SAFI SHAYLA kini mengeluarkan rangkaian produk syampu yang baru yang bukan sahaja 
mengandungi formulasi Habbatus Sauda dan Micro Bamboo Charcoal tetapi ia juga disertakan dengan pembungkusan baru yang menarik di dalam pelbagai saiz dan disertakan juga dengan haruman yang menyegarkan. Menariknya, haruman ini, ia dapat dapat bertahan selama 48 jam. 

Pakar dalam penjagaan diri, SAFI SHAYLA memahami masalah yang menghantui golongan wanita bertudung kerana sudah ramai wanita yang kecundang apabila 
berhadapan dengan soal penjagaan rambut. Dengan rangkaian produk terbaru ini, SAFI SHAYLA ingin membantu golongan wanita bertudung untuk merasa lebih yakin dengan diri bagi mengejar impian dan cita-cita setinggi gunung, tidak kira di dalam bidang apa sekalipun. Golongan wanita ini dapat mencapai impian bukan sekadar dengan menggunakan syampu yang baharu tetapi juga dengan bantuan rangkaian penjagaan rambut syampu Mist 2 dalam 1 Rambut & HIjab, Serum Rambut dan Minyak Rambut untuk mendapat rambut ikal mayang dan kulit kepala yang sihat.

Mist 2 dalam 1 Rambut & HIjab boleh disembur terus ke rambut atau hijab kerana sifatnya yang cepat kering. Berbeza dengan produk lain di pasaran yang meninggalkan kesan, jangan khuatir kerana produk ini tidak meninggalkan sebarang kesan ke atas rambut ataupun hijab. 

Bagi wanita moden, SAFI SHAYLA Mist 2 dalam 1 Rambut & HIjab sangat sesuai dalam kehidupan seharian kerana ia meninggalkan haruman yang menyegarkan di mana ia dapat bertahan selama 24 jam. Selain itu, ia juga dapat mengekalkan kelembapan rambut, mengembalikan sinar, memberikan lebih kelembutan, bermayadan membuatkan rambut lebih ringan.

Hasil gabungan ramuan syampu dan serum SAFI SHAYLA ia dapat menghasilkan rambut 
lebih lembut dan ringan. SAFI SHAYLA Serum Rambut didatangi dengan 2 variasi iaitu –
Licin Terurus dan Hitam Menawan. 

Minyak rambut SAFI SHAYLA pula dapat memberikan rambut yang lembut serta licin 
sekaligus memberikan rambut kelihatan sihat serta memberikan keharuman yang 
berpanjangan. Setiap variasi produk yang dihasilkan dan diformulasi oleh SAFI SHAYLA adalah untuk melengkapi satu sama lain. Dengan menggunakan variasi produk dalam rangkaian SAFI SHAYLA, ia dapat memastikan golongan wanita bertudung memperoleh lebih 
keyakinan diri dengan mempunyai rambut selembut sutera dan sihat.





Rangkaian produk SAFI SHAYLA boleh didapatidalam pelbagai saiz dengan harga 
mampu milik : 

1. Syampu – 160G (RM8.35) / 320G (RM13.65) (8 variasi)

a) SAFI SHAYLA Syampu Segar & Bermaya – Mengandungi Nano Lipid Enhancer dimana ia dapat melindungi rambut dan mengeluarkan kekotoran minyak pada rambut. Selain itu, ia juga dapat membersihkan kulit kepala dengan lebih berkesan dan hasilnya memberikan rambut rasa segar dan bermaya.

b) SAFI SHAYLA Syampu Licin Terurus – Mengandungi Teknologi Perawatan Rambut 
Lembut yang dapat meluruskan, melembutkan, melindungi dan mengurangkan rambut kerinting. Ia dapat menjadikan rambut anda lebih mudah untuk djaga/dimanja.

c) SAFI SHAYLA Syampu Anti-Kelemumur – Mengandungi Micro ZPT Complex
dimana ia dapat mengurangkan 99.9% kulat yang boleh menyebabkan kelemumur hanya dengan basuhan yang pertama.

d) SAFI SHAYLA Syampu Kawalan Rambut Gugur – Mengandungi Pro-Vitamin B5, protein gandum yang dapat mengukuhkan struktur rambut dan mengurangkan keguguran rambut.

e) SAFI SHAYLA Syampu Hitam Menawan– Juga mengandungi Sheen Lock yang merupakan ejen pengunci kilauan yang dapat membuat rambut hitam berkilat, sihat, lembut dan mudah diurus.

f) SAFI SHAYLA Syampu Itch-Kontrol– Mengandungi minyak argan dan mentol yang dapat menyegarkan dan menghapuskan bau di kulit kepala. Minyak Argan dan mentol akan membuatkan kulit kepala terasa sejuk dan segar sepertiberada di awang-awangan.

g) SAFI SHAYLA Syampu Kawalan Minyak – Mengandungi citrus dan mentol dimana ia dapat membantu dalam pengawalan rambut berminyak dengan membersihkan liang-liang roma secara mendalam dan memusnahkan minyak yang berlebihan. Citrus dan mentol juga dapat menghilangkan kekotoran dan  menyegarkan kulit kepala.

h) SAFI SHAYLA Syampu Kawalan Rambut Rosak – Mengandungi amino complex yang membantu dalam pemulihan rambut rosak dengan memelihara selaput rambut sekaligus memberikan kelembapan pada rambut.



2. Syampu pouch – 480G (RM14.65) 
(5 Variasi)

a) SAFI SHAYLA Syampu Kawalan Rambut Gugur
b) SAFI SHAYLA Syampu Segar Bermaya
c) SAFI SHAYLA Syampu Itch-Kontrol
d) SAFI SHAYLA Syampu Anti-Kelemumur
e) SAFI SHAYLA Syampu Licin Terurus

3. Syampu pump – 520G (RM19.90) (5 Variasi)

a) SAFI SHAYLA Syampu Kawalan Rambut Gugur
b) SAFI SHAYLA Syampu Segar Bermaya
c) SAFI SHAYLA Syampu Itch-Kontrol 
d) SAFI SHAYLA Syampu Anti-Kelemumur
e) SAFI SHAYLA Syampu Licin Terurus

4. SAFI SHAYLA Mist 2 dalam 1 Rambut dan Hijab – 100ML (RM17.90)

Terdapat dua variasi iaitu Licin Terus dan Hitam Menawan. Kedua-dua variasi SAFI SHAYLA Mist 2 dalam 1 Rambut dan Hijab mengandungi Habbatus Sauda Organik, 
perapi asas semulajadi, Pro-Vit B5 dimana ia membekalkan rambut dengan nutrisi, anti-
bakteria, perlindungan dari cahaya matahari, memberi kelembapan, mengembalikan sinar, menghindari rambut rosak dan pada masa yang sama ia membuatkan rambut lebih lebat dan sihat.



5. SAFI SHAYLA Serum Rambut – 50ML (RM17.90)

Juga terdapat dalam dua variasi Formulasi SAFI SHAYLA Serum Rambut mengandungi:

a) Minyak organik Habbatus Sauda – Memberikan perlindungan UV, membekalkan nutrisi untuk rambut yang mengandungi anti-bakteria.

b) Minyak Moroccan Argan Organik – Kaya dengan vitamin, mineral dan anti-oxida yang dapat membantu dalam hidrasi rambut. Dengan itu ia dapat menghasilkan rambut yang lebih lembut dan mengurangkan kerosakan
rambut rapuh dengan meningkatkan keanjalan rambut. Pada masa yang sama ianya dapat memulihkan kilauan rambut. 

c) Minyak Zaitun Asli – Menyegarkan kembali rambut kering, kusam dan kerinting.

d) Minyak Vitamin E – Mengekalkan rambut yang kuat dan sihat kerana minyak vitamin E mengandungi anti-oxida yang dapat meneutralkan radikal di rambut.

6. SAFI SHAYLA Minyak Rambut – 100ML (RM11.90)

SAFI SHAYLA Minyak Rambut difomulasikan dengan Habbatus Sauda organik dan 
juga Minyak Zaitun asli. SAFI SHAYLA Minyak Rambut mempunyai 3 variasi iaitu:-

a) SAFI SHAYLA Anti-Kekeringan – Mengandungi Vitamin E, A & C yang dapat menjadikan kulit kepala lebih sihat dan melindunginya daripada sinaran cahaya matahari.

b) SAFI SHAYLA Kawalan Rambut Gugur – Mengandungi minyak argan yang membantu memberikan rambut kelihatan lebih bersinar dan mengurangkan rambut rapuh.

c) SAFI SHAYLA Anti-Kelemumur – Mengandungi ajen anti-kelemumur dan mentol di mana ia berkesan dalam mengurangkan kelemumur, kegatalan kulit kepala dan kulit kepala yang berminyak. Berbeza daripada 2 minyak rambut yang disebutkan di atas, minyak rambut SAFI Shayla Anti_Kelemumur dipakai sebelum mencuci rambut. Urutkan secara perlahan-lahan minyak rambut di permukaan kulit kepala hingga ke hujung rambut. Biarkan selama 3 – 5 minit, kemudian basuh dan bilas bersama rangkaian produk syampu SAFI SHAYLA.





Rangkaian penjagaan rambut SAFI SHAYLA melengkapi antara satu sama lain dan ia dapat membuahkan hasil yang baik bagi golongan wanita bertudung atau pun tidak. SAFI SHAYLA ini sangatlah bersesuaian bagi semua golongan wanita daripada wanita bekerjaya sebagai pemain drum, pemain papan luncur, pengajar zumba ataupun penunggang jet-ski kerana SAFI SHAYLA mengurangkan kegatalan dan masalah kulit kepala berminyak sambil meninggalkan kesan haruman sepanjang hari.
Rangkaian produk SAFI SHAYLA adalah dalam lingkungan harga mampu milik dan memiliki sijil halal. SAFI SHAYLA boleh didapati di pasaraya besar, pasar raya dan juga di laman web dalam talian. 

Untuk keterangan lanjut mengenai produk SAFI; sila log masuk ke laman sesawang Facebook SAFI, www.facebook.com/SAFIMY, 
laman sesawang Instagram di SAFI@safimalaysia dan Chanel SAFI di Youtube iaitu 
www.youtube.com/safimalaysia

LATAR BELAKANG WIPRO UNZA

Sejak tahun 1980 WIPRO UNZA telah berjaya membina portfolio yang luas sebagai jenama penjagaan diri dan produk isi rumah di pasaran Asia. Mempunyai ibu pejabat di Singapura, WIPRO UNZA telah mengeluar dan memasarkan jenama ke seluruh 50 wilayah di dalam Asia Tenggara, China dan kawasan lain. Antara jenama terkemuka daripada 24 jenama keluaran WIPRO UNZA adalah ENCHANTEUR, SAFI EVERSOFT, DASHING, CARRIE, ROMANO dan AIKEN.

Kebanyakan produk WIPRO UNZA kini berdiri teguh setanding jenama hebat yang lain sebagai peneraju pasaran disebabkan jenama yang terhasil direka khusus dan diciptakan untuk pengguna Asia.

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, boleh berhubung dengan Ariza di talian 03-71183508 atau email arizazainudin.pr@gmail.com

Pilihan Memikat Selera ~ RIVERSIDE PWTC

Mei 07, 2018 0 Comments
Assalamualaikum & salam sayang ...😘

Riverside Cafe▪ Restaurant▪Lounge
Riverside Cafe▪ Restaurant▪Lounge
Alhamdulillah, dapat kita bersua lagi dalam blog linda sempoi...😊kali ni linda nak ajak hangpa  semuaaaa ni pi PWTC..... Bukan nak pi join persidangan UMNO atau nak pi MATTA FAIR tapi linda nak ajak hangpa pi makan kat restoran dalam PWTC ni yang di beri nama Riverside Cafe; Restaurant ;Lounge. Restoran ni berada di dalam bangunan PWTC tau!

Memandangkan tak lama lagi dah nak masuk bulan Ramadhan, Linda dan rakan-rakan blogger serta para media dijemput untuk menghadiri Majlis Review Bufet Selera Ramadhan di Riverside yang berkonsepkan Pasar Malam. 


Kambing Bakar
Kambing Bakar
PWTC dengan kerjasama Restoran Riverside hari ini memperkenalkan bufet 'Selera Ramadhan di PWTC' yang menawarkan lebih 300 juadah makanan termasuk 24 buah gerai makanan berkonsepkan pasar malam berempena dengan majlis ulasan media di Restoran Riverside, PWTC. 

Harga Bufet 'SELERA RAMADHAN' dan Pembelian Baucer Diskaun Sehingga 16 Mei 2018 

Bufet Ramadhan tersebut boleh ditempah mulai 17 Mei 2018 hingga 13 Jun 2018 di Legar Putra, PWTC. Harga bufet 'Selera Ramadhan' ini ialah RM88 bagi dewasa, RM75 bagi warga emasyang berusia 60 ke atas dan RM45 bagi kanak-kanak yang berumur 7 hingga 12 tahun. Selain itu, PWTC juga menawarkan pembelian baucar 'early-bird' dengan harga RM75 bagi pelanggan yang membeli sebelum 16 Mei 2018.


Minuman Sejuk dan Panas
Antara Deserts yang dihidangkan

 

Menyedari tentang selera Muslimin dan Muslimat yang lebih gemarkan makanan-makanan ringkas dan kepelbagaian yang ditawarkan di bazaar atau pasar malam setiap kali tibanya bulan puasa, PWTC mengambil pendekatan dengan menawarkan menu-menu khas pasar malam dengan keselesaan di dalam ruangan berhawa dingin. Dengan itu, hangpa tidak lagi perlu bersesak dan berpanas hanya untuk mendapatkan menu-menu tertentu pasar malam.

Malah, PWTC juga turut menyelitkan elemen-elemen pasar malam ke dalam hiasan gerai, pakaian pelayan dan chef selain cara makanan dihidangkan. Hangpa juga akan dihiburkan dengan alunan muzik dan nyanyian oleh Kumpulan  Picha-Picha Featuring Linda Eva sepanjang bulan Ramadhan ini.


Riverside Cafe▪ Restaurant▪Lounge
Riverside Cafe▪ Restaurant▪Lounge
Riverside Cafe▪ Restaurant▪Lounge
Riverside Cafe▪ Restaurant▪Lounge

Menu Pasar Malam di 24 Gerai Makanan Menjadi Pilihan Tetamu.

Antara menu-menu pasar malam yang ditawarkan di 24 gerai makanan Selera Ramadhan di PWTC termasuklah apam balik, char kuetiau, putu piring, nasi kerabu, nasi dagang, burger, roti john, aneka jenis kuih melayu, roti canai dan murtabak, pisang goreng, cempedak goreng, keropok lekor, cucur udang, cucur pisang, sate, yong tauhu, cakoi, tauhu bakar, rajak dan rojak buah serta air tebu dan air mata kucing. Selain menu pasar malam, pasukan Chef yang diketuai oleh Chef Eksekutif, En. Suzaini Mohamed Salih, juga menghidangkan pelbagai menu istimewa masakan ala kampung yang akan bertukar setiap hari. 

Nasi Kandaq
Nasi Kerabu
Nasi Goreng & Bihun Goreng
Lauk-pauk yang menyelerakan...
Sambal dan Ulam-ulaman
Selain itu, terdapat juga enam jenis keropak, tujuh jenis ikan masin, lapan jenis jeruk dan 12 jenis hidangan panas seperti ayam goreng sambal, udang gulai kuning dan pucuk ubi masak tempoyak. Hat ni memang kegemaran linda...yummyyy yummyyy 😋

Menu Pilihan Linda Sempoi ...😋

Satey Ayam dan Daging...
Pulut Kuning pun ada..
Riverside Cafe▪ Restaurant▪Lounge
Riverside Cafe▪ Restaurant▪Lounge

Riverside Cafe ▪ Restaurant ▪ Lounge
Hangpa juga boleh menikmati bufet dengan tenang sebab hangpa boleh menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah bersama Imam di Surau Ar-Rahman, Aras 3 di PWTC. Segala kelengkapan seperti telekung untuk kaum Muslimah dan sejadah turut disediakan.

Korporat Dan Persendirian Di PWTC

PWTC turut menawarkan pakej berbuka puasa persendirian dan korporat di Dewan Bankuasi dengan harga RM98 seorang untuk tempahan 100 orang ke atas. Manakala harga bagi tempahan minima 50 orang pula ialah RM115 seorang. Pakej persendirian dan korporat ini termasuk hidangan buffet, dewan khas untuk berbuka puasa, system audio, ruang khas solat serta kadar bayaran parkir tetap RM5.00 sekali masuk (bermula jam 6.00 petang)

Selain daripada itu, PWTC juga turut berbesar hati untuk kembali menganjurkan program "Mari Beramal Di Bulan Ramadhan" dengan membuat lawatan serta menghulurkan sumbangan berupa bekalan makanan dan wang tunai ke beberapa rumah penjagaan orang-orang tua dan rumah anak yatim yang terpilih sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. 


Kemudahan di PWTC

Jadi, Hangpa jangan dok risau kalau nak pi berbuka puasa kat sini sebab banyak kemudahan yang disediakan. Kalau hangpa nak naik kenderaan sendiri, banyak lot parkir bertingkat disediakan so jangan risau bab-bab parking susah. Dan kalau hangpa nak pi dengan menggunakan pengangkutan awam sebab tak mau hadap jem, hangpa boleh naik LRT atau Komuter...cuma kena jalan kaki sikit la, dan naik jejantas yang disediakan tu...😁

Kemudahan surau yang besar dan selesa juga disediakan. Siapa yang pernah datang atau biasa berkunjung ke PWTC ni mesti tau yang surau di PWTC ni sangat besar dan selesa.


Harga Buffet ‘Selera Ramadan’

Dewasa                                                                : RM88.00 nett

Warga Emas (60 tahun ke atas)                           : RM75.00 nett


Kanak-kanak (7-12 tahun)                                   : RM45.00 nett


Early Bird                                                            : RM75 nett bagi pelanggan yang membeli sebelum 16 Mei 2018


Untuk membuat tempahan atau pembelian baucer buffet Selera Ramadan @ PWTC, boleh terus ke kaunter tempahan di Aras 2, PWTC yang dibuka dari pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang atau boleh menghubungi Restoran Riverside :


Tel : 03-26146701/6702 atau 03-26146262

Website : www.pwtc.com.my