۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
"Banyakkan berselawat ke atas nabi SAW semoga kita mendapat syafaat darinya di sana nanti, aamiin..."
Makanan Kegemaran Rasullullah SAW
Assalammualaikum dan Salam Maulidurrasul ...
Masih belum terlambat untuk Linda ucapkan salam Maulidurrasul kerana kita masih lagi berada di dalam bulan Rabiul Awal 1441h.
Seperti yang kita semua sedia maklum, bulan Rabiul Awal memainkan peranan istimewa dalam Islam kerana umat Islam percaya bahawa Nabi Muhammad (SAW) juga dilahirkan pada bulan ini iaitu pada 12 Rabiul Awal. Ada yang menggelar hari tersebut sebagai Maulidurrasul, Mawlid Nabi, atau Kelahiran Nabi (SAW). Ia disebut dengan penuh bersemangat oleh umat Islam dari serata dunia. Ramai umat Islam menyambut Maulidurrasul sepanjang bulan dengan mengingati Rasulullah (SAW).
Baginda merupakan model terpilih untuk kita daripada Allah (SWT) dan kita hendaklah mengikuti sunnahnya bagi menjalani gaya hidup ideal yang mana bukan sahaja telah ditentukan kepada kita oleh agama tetapi juga bermanfaat kepada semua umat manusia jika kita mengikutinya.
“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).” (Surah Ahzab 33:21)
Kita juga digalakkan untuk mengikuti sunnah-sunnah Rasullullah SAW supaya kita mendapat syafaatnya ketika kita berada di sana nanti (Alam Akhirat). Kita akan mendapat pahala sekiranya mengamalkan apa yang diamalkan oleh Nabi kita.
Linda kongsikan sedikit tentang beberapa makanan kegemaran Rasullullah SAW daripada beberapa info yang Linda dapat. Semoga perkongsian yang baik ni, sama-sama kita amalkan dan kongsikan bersama semoga mendapat keberkatan daripadanya nanti.
Berikut adalah antara makanan yang menjadi kegemaran Rasullulah SAW..;
*MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W*
1. Barli – Bagus untuk demam
jika dibuat sup.
2. Kurma – Nabi berkata
rumah yang tidak
mempunyai kurma adalah
seperti rumah yang tidak
ada makanan.
3. Buah Tin – Buah dari
syurga. Boleh mengubati
buasir.
4. Anggur – Nabi suka buah
anggur. Ia membersihkan
darah, menguatkan buah
pinggang, membersihkan
perut
5. Madu – Ia adalah makanan
segala makanan, minuman
segala minuman, ubat
segala ubat. Mengubati cirit
birit jika dibancuh dengan
air panas, membuka selera,
menguatkan perut,
membuang kahak. Elok
diminum waktu pagi
dengan air suam.
6. Tembikai (Segala Jenis) –
Nabi berkata wanita
mengandung tidak akan
gagal melahirkan anak yang
baik dari segi perwatakkan
dan wajahnya.
7. Susu – Nabi berkata susu
baik untuk membuang
panas badan. Menguatkan
belakang, memperbaiki
otak, memperbaharui
pandangan mata,
membuang kelupaan.
8. Cendawan – Baik untuk
mata, perancang keluarga.
9. Minyak Zaitun – Rawatan
kulit dan rambut.
Melambatkan penuaan,
merawat radang perut.
10. Delima - Membersihkan
tubuh dari syaitan & bisikan
syaitan selama 40 hari.
11. Air – Minuman terbaik. Jika
dahaga hendaklah disedut
perlahan-lahan, jangan
diteguk, mudah mendapat
sakit pada hati.
Sabda Rasulullah SAW;
"Siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang membacamengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walau pun sudah tiada."
#Semoga bermanfaat buat sesiapa yang membaca dan mengamalkannya...
In shaa Allah, aamiin...
info bagus.. baru tau makanan apa yg rasullullah suka mkn
BalasPadamTernyata banyak ya makanan Rasulullah saya kira makan kurma,madu air yang saya ketahui :D
BalasPadamsusu minuman Rasullulah saw kita. rupanya susu ni 1001 khasiat
BalasPadamrata ratanya memang yang kita biasa amalkan..
BalasPadam