Follow Us @soratemplates

Rabu, 25 September 2019

Sayur Lobak Putih Tumis

Assalammualaikum dan salam sayang buat pembaca blog Linda Sempoi..😘

Terima kasih sudi kunjungi blog sempoi Linda...kali ni nak share skit resepi sayur lobak putih tumis yang Linda buat baru-baru ni.. simple ja menu Linda ni tapi sedap di makan dan khasiatnya jugak banyak...

Lobak putih dipercaya banyak mengandung mineral dan vitamin seperti kalsium, fosfor, zat besi, natrium, kalium, tembaga, vitamin B, vitamin C, dan vitamin K. Kandungan nutrisi yang banyak dalam lobak putih ini pasti sangat bermanfaat terutama untuk kesihatan tubuh kita.

Boleh dikatakan dalam seminggu tu sekali Linda akan beli lobak putih ni. Cik suami pun suka sayur lobak putih ni. Katanya lobak putih ni adalah sejenis sayur yang boleh mencegah risiko penyakit kanser. Ini kerana kandungan antioksidan yang terdapat di dalamnya yang bermanfaat melawan dari radikal bebas. Lobak putih juga dipercaya mengandung isotiosinat yang dapat membunuh sel-sel kanser serta mencegah pertumbuhan sel kanser.

Selain itu juga, lobak putih ni dapat menurunkan berat badan. Sebab boleh turunkan berat badan ni la yang Linda suka sangat amalkan memakannya seminggu sekali. Kalau ada antara yang memiliki berat badan yang tidak ideal, bolehlah amalkan pengambilan lobak putih ni  dalam menu hidangan hangpa untuk menurunkan berat badan tu..

Selain itu, kandungan serat dan air yang tinggi pada lobak putih dipercaya boleh membantu proses pencernaan dengan lebih lancar lagi. Kandungan seratnya juga akan membuat efek kenyang lebih lama dirasakan oleh tubuh.

Lobak putih ni juga dapat mengatasi masalah jerawat dan kulit kering kerana kandungan vitamin C, vitamin B kompleks, fosfor, dan zinc, adalah untuk mengatasi jerawat dan juga kulit kering. Selain itu kandungan air yang banyak pada lobak putih juga akan membantu melembabkan kulit. 

Ini adalah sedikit sebanyak khasiat lobak putih yang Linda tau..sebenarnya banyak lagi khasiatnya ni tapi hangpa boleh tengok nanti tentang khasiat lobak putih kat pak cik google..😅

Ni resepi yang Linda nak share kalini ni...
Cara resepi untuk masak ni pun mudah ja 

Bahan:
1 biji lobak putih.. buang kulit potong nipis
5 ulas bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris

1 labu bawang holland dihiris
1 biji cili merah dihiris
sedikit udang putih
garam & gula

Cara:
panaskan minyak... tumiskan bawang merah bawang putih yang dihiris tadi bersama udang putih hingga kekuningan dan berbau wangi...
masukkan air secukupnya... 
bila air dah mendidih masukkan lobak..
masukkan sedikit garam dan gula ..
masak hingga lobak menjadi lembut..
bila lobak dah lembut, akhir sekali masukkan hirisan bawang holland dan cili merah untuk nampak lebih menarik...
tutup api.. sedia untuk dihidang..


Kalau tak salah Linda, lobak putih ni sesuai juga untuk diamalkan oleh ibu-ibu yang dalam pantang. Seeloknya boleh ditambah sedikit lada hitam di dalam masakan tu nanti...

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera...kita jumpa lagi nanti dalam resepi yang lain pula...

3 ulasan:

  1. Uniknya..saya kalau jumpa lobak putih terus terfikir orang masak macammana..tak pernah makan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lepas ni bolej try ikut resepi k linda buat tu...sedap tau

      Padam
  2. Hari ne saya nk cuba resepi sis. Harap2 saya boleh makan dan menjadi sayur kegemaran saya ..sebb saya tk minat lobak putih ne pahit ..last saya makan masa dlm pantang bersalin ..mak yg masakkan.

    BalasPadam