Follow Us @soratemplates

Isnin, 18 November 2019

HARAP DIINGAT APA YANG DITAKUTI OLEH ORGAN- ORGAN KITA?

November 18, 2019 1 Comments

Assalammualaikum dan salam sayang semua...

Harini Linda nak share sikit info tentang organ yang terdapat dalam tubuh badan kita. Info ni pun Linda dapat dari bacaan Linda dalam pak cik google ...hehe...Linda suka share kat blog ni sebab sekarang zaman orang suka baca blog ja...jadi kita panjangkan untuk orang lain pun dapat sedikit pengetahuan yang amat bermanfaat ini.

HARAP DIINGAT APA YANG DITAKUTI OLEH ORGAN2 KITA?

     Ginjal : Tidur lewat

     Paru² : asap (rokok)

     Hati : lemak

    Jantung : Masin

    Pankreas : Makan terlalu kenyang 

    Usus : Makan tanpa pantang

    Mata : Komputer/Media elektronik

    Hempedu : Tidak  sarapan.

Maka sayangilah tubuh anda! 

Kerana :  Anggota dalam badan susah dicari diganti. Mahal ! Lagi pula belum pasti ada。

 *_Kekentalan/Pembekuan darah_*

   Sharing dari Doktor Jantung :   *PEMBEKUAN DARAH DLM TUBUH, BAGAIMANA BOLEH TERJADI?*

       Ada satu pertanyaan:
_Mengapa kita harus minum AIR PUTIH yg cukup?_
    Sebenarnya jawapannya cukup " *_mengerikan_*" tetapi kerana sebuah
_pertanyaan jujur harus dijawab dgn jujur_, maka topik tersebut boleh dijelaskan sbb:

   Kira-kira *_80%_* tubuh manusia terdiri dari *AIR*.
Malah ada beberapa bahagian tubuh kita yg memiliki kadar air di atas *_80%_*.

Dua organ paling penting dgn kadar air di atas 80% adalah:
*OTAK dan DARAH*.

*_Otak_* memiliki komponen Air sebanyak 90%,
Sementara *_Darah_* memiliki Komponen Air sebanyak 95%.

  Keperluan minimum bagi manusia normal sedikitnya adalah *_2 Liter sehari atau 8 Gelas Air putih_* sehari.
Jumlah di atas harus ditambah bagi seorang *PEROKOK..!*

    Air sebanyak itu diperlukan utk mengganti cairan yg keluar dari tubuh kita melalui  *_Pembuangan, Keringat, Pernafasan_*

Apa yg terjadi bila kita meminum kurang dari 2 Liter sehari..??

    Tentu tubuh akan menyeimbangkan diri. *_Caranya?_*

   Dgn jalan " *_Menghisap_*" Air dari komponen tubuh sendiri terdekat: *DARAH..!!*

   Darah yg dihisap Airnya akan menjadi *_membeku_*.
Akibat pengentalan Darah ini, maka perjalanannya akan kurang lancar sebab bukan *_Darah Berair. _*

  *_Saat melalui Ginjal/buah pinggang_*
(tempat menyaring Racun dari Darah),
Ginjal akan bekerja Extra keras menyaring Darah.

   Dan kerana Saringan dlm Ginjal halus, selalunya Darah yg beku boleh menyebabkan kerosakan pada *Glomerulus Ginjal*.

  *    _Akibatnya_*,
Air Kencing berwarna kemerahan, tanda mulai bocornya saringan Ginjal.
Bila dibiarkan terus menerus, anda mungkin suatu saat harus buat Dialysis utk *_Cuci Darah_*.

 Bagaimana dgn *OTAK?*
Di saat Darah membeku mengalir melalui Otak, perjalanannya agak tersendat.

Otak tdk lagi " *_berair_*", kerana *Sel² Otak* adalah yg paling banyak memerlukan  Makanan & Oksigen, ini yg mengakibatkan *STROKE...!*!

  Semoga dengan info yang Linda share di sini, kita boleh menyelamatkan seorang yang kita kenali, In shaa Allah...aamiin


Rabu, 13 November 2019

Makanan Kegemaran Rasullullah SAW...

November 13, 2019 4 Comments

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

"Banyakkan berselawat ke atas nabi SAW semoga kita mendapat syafaat darinya di sana nanti, aamiin..."
Makanan Kegemaran Rasullullah SAW

Assalammualaikum dan Salam Maulidurrasul ...

Masih belum terlambat untuk Linda ucapkan salam Maulidurrasul kerana kita masih lagi berada di dalam bulan Rabiul Awal 1441h.

Seperti yang kita semua sedia maklum, bulan Rabiul Awal memainkan peranan istimewa dalam Islam kerana umat Islam percaya bahawa Nabi Muhammad (SAW) juga dilahirkan pada bulan ini iaitu pada 12 Rabiul Awal. Ada yang menggelar hari tersebut sebagai Maulidurrasul, Mawlid Nabi, atau Kelahiran Nabi (SAW). Ia disebut dengan penuh bersemangat oleh umat Islam dari serata dunia. Ramai umat Islam menyambut Maulidurrasul sepanjang bulan dengan mengingati Rasulullah (SAW).

Baginda merupakan model terpilih untuk kita daripada Allah (SWT) dan kita hendaklah mengikuti sunnahnya bagi menjalani gaya hidup ideal yang mana bukan sahaja telah ditentukan kepada kita oleh agama tetapi juga bermanfaat kepada semua umat manusia jika kita mengikutinya.

“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).” (Surah Ahzab 33:21)

Kita juga digalakkan untuk mengikuti sunnah-sunnah Rasullullah SAW supaya kita mendapat syafaatnya ketika kita berada di sana nanti (Alam Akhirat). Kita akan mendapat pahala sekiranya mengamalkan apa yang diamalkan oleh Nabi kita.

Linda kongsikan sedikit tentang beberapa makanan kegemaran Rasullullah SAW daripada beberapa info yang Linda dapat. Semoga perkongsian yang baik ni, sama-sama kita amalkan dan kongsikan bersama semoga mendapat keberkatan daripadanya nanti.

Berikut adalah antara makanan yang menjadi kegemaran Rasullulah SAW..;

 *MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W*

1. Barli – Bagus untuk demam
    jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata
    rumah yang tidak
    mempunyai kurma adalah
    seperti rumah yang tidak
    ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari
    syurga. Boleh mengubati
    buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah
    anggur. Ia membersihkan
    darah, menguatkan buah
    pinggang, membersihkan
    perut

5. Madu – Ia adalah makanan
    segala makanan, minuman
    segala minuman, ubat
    segala ubat. Mengubati cirit
    birit jika dibancuh dengan
    air panas, membuka selera,
    menguatkan perut,
    membuang kahak. Elok
    diminum waktu pagi
    dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) –
    Nabi berkata wanita
    mengandung tidak akan
    gagal melahirkan anak yang 
    baik dari segi perwatakkan
    dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu
    baik untuk membuang
    panas badan. Menguatkan
    belakang, memperbaiki
    otak, memperbaharui
    pandangan mata,
    membuang kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk
     mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan
    kulit dan rambut. 
    Melambatkan penuaan,
    merawat radang perut.

10. Delima - Membersihkan
     tubuh dari syaitan & bisikan
     syaitan selama 40 hari.

11. Air – Minuman terbaik. Jika
     dahaga hendaklah disedut
     perlahan-lahan, jangan
     diteguk, mudah mendapat
     sakit pada hati.

Sabda Rasulullah SAW;
"Siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang membacamengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walau pun sudah tiada."

#Semoga bermanfaat buat sesiapa yang membaca dan mengamalkannya...
In shaa Allah, aamiin...

Isnin, 11 November 2019

Jamu Buat Sendiri Lebih Jimat...

November 11, 2019 0 Comments

Assalammulaikum dan salam ceria semua... semoga kita baik-baik ja sepanjang hari..
Kali ni Linda nak share skit cara buat jamu untuk kesihatan tubuh badan kita. Linda rasa la,  buat jamu sendiri memang lebih puas hati dan dapat menjimatkan duit kita berbanding beli yang dah siap sebab yang dah siap tu tentu dah ada bahan pengawet untuk jamu tu tahan lama. Jadi, pada Linda macam tak berapa elok kita amalkan jamu yang ada pengawet ni. Kalau hangpa nak tau, fungsi jamu ni sudah tentu untuk kesihatan dalaman kita,  sekaligus mampu memberi kesan pada kecantikan luaran pada sesiapa yang mengamalkannya. Jamu yang Linda nak kongsikan ni dan juga yang telah Linda  amalkan ini mempunyai khasiat untuk buang angin dalam badan, lawaskan perut,atasi keputihan, kecutkan peranakan dan naikkan seri wajah agar sentiasa awet muda.

Linda pun sebelum ni ada juga la beli jamu yang dipasaran. Belanja untuk beli jamu ni lebih kurang seratus ringgit sebulan. Rasanya lebih elok kita buat sendiri ja, lebih segar lagi rasanya. Duit seratus tu boleh juga simpan untuk keperluan lain. Linda cuma guna barang barang kat dapur je. Cara nak sediakan jamu ni  pun senang sangat. Linda selalu amalkan selepas period sebab untuk cuci segala kotoran yang ada dalam badan disamping untuk kecutkan rahim.

Cuma kena pastikan air puteh kena minum banyak ya selepas amalkan minum jamu ni. Biar segala toksin dalam badan tu keluar semua. Bagus tau jamu ni untuk buang angin, dan kecutkan peranakan.

Bahan-Bahan:

1 1/2 inci kunyit hidup } hiris nipis
1 inci halia } hiris nipis
3 biji manjakani (optional)
3 batang serai (dititik)
7 helai daun sireh
5 helai daun pandan (disimpul)
1 liter air
Cara Membuat :

1.Didihkan dulu air, kemudian masukkan semua bahan. Reneh sehingga air satu liter tu tinggal separuh ja.

2.Dah siap. Tapiskan secawan untuk terus minum semasa suam dan selebihnya boleh masukkan dalam botol sebelum simpan dalam peti ais. Boleh juga amalkan seminggu sekali terpulang pada daya ketahanan badan masing-masing.
Khasiatnya:

Buang angin, kurangkan sakit senggugut, lawaskan perut, keputihan, kecutkan peranakan, perapat dan seri wajah. Badan kita pun akan rasa segar dan ringan jugak tau. Bau badan pun semakin kurang sebab Linda masukkan daun pandan. 

Boleh amalkan seminggu sekali atau selepas period terpulang pada hangpa. Kalau Linda habis period baru minum. Tapi, kalau hangpa rasa badan macam letih-letih tu atau macam tak larat tu, elok la amalkan air jamu ni. 
Lepas minum jamu, jangan lupa minum air  banyak ok supaya tak terasa kelat di tekak...

Selamat mencuba !!!...

Ahad, 10 November 2019

BJC MELANCARKAN KEREPEK KENTANG TASTO DAN BISKUT BERAS DOZO YANG BAHARU DI MALAYSIA

November 10, 2019 2 Comments


BJC MELANCARKAN KEREPEK KENTANG TASTO DAN BISKUT BERAS DOZO YANG BAHARU DI MALAYSIA

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog Linda Sempoi...terima kasih kerana masih sudi dan tak jemu-jemu mengunjungi blog Linda Sempoi...
Baru-baru ni Linda berpeluang menghadiri Majlis Pelancaran Kerepek Kentang TASTO dan Biskut Beras DOZO yang baharu di Malaysia daripada Syarikat ternama dan terbesar iaitu BJC Foods (Malaysia) Sdn. Bhd. Tahniah dan syabas Linda ucapkan kepada BJC FOODS        (Malaysia) di atas kemeriahan Majlis Pelancaran mereka tempohari
BJC Foods (Malaysia) Sdn. Bhd. (BJC Foods), subsidiari Berli Jucker Public Company Limited dari Thailand, dan juga pengeluar jenama snek yang popular seperti Wise Cottage Fries dan TASTO®, kini telah memasarkan tiga perisa Asia baharu yang eksotik menerusi Kerepek Kentang TASTO dan DOZO, jenama Kraker Beras Rangup No.1 di Thailand. Syarikat percaya bahawa ketiga-tiga perisa baharu ini akan dapat memenuhi cita rasa para penggemar makanan ringan tempatan dan menjadi snek yang popular di pasaran Malaysia. 
Kerepek Kentang TASTO kini menyasarkan para penggemar muda (dan yang berjiwa muda) dengan pengalaman menyeronokkan, mencabar dan mengujakan. Maka syarikat telah mencipta tiga perisa eksotik baharu yang diilhamkan dari tiga hidangan popular Asia yang turut menjadi kegemaran warga tempatan. Perisa ini termasuk Ikan Tiga Rasa, Kari Ketam dan Rumpai Laut dengan Sos Korea. 

TASTO perisa Ikan Tiga Rasa berasaskan hidangan tempatan yang enak iaitu “Ikan Masak Tiga Rasa”. Tiga perisa utama yang menjadi sebahagian daripada hidangan ini ialah Manis, Masam dan Pedas. BJC telah menggabungkan dengan teliti semua perisa ini untuk memastikan kombinasi seimbang dan unik yang memberikan rasa baharu untuk memuaskan kehendak peminat makanan snek.

Kerepek kentang TASTO perisa Kari Ketam pula menawarkan para pelanggan kari ketam dengan perisa yang sama seperti makanan kegemaran mereka iaitu isi ketam yang enak dalam kari kering yang lazat dengan bentuk kerepek kentang rangup yang dibungkus dengan sempurna. 

Dengan pengaruh budaya Korea yang semakin popular menerusi fenomena “K-Pop” dan bagi 
memenangi selera pelanggan generasi baharu yang menggemari makanan Korea, kerepek kentang TASTO perisa Rumpai Laut dengan Sos Korea menjadi pilihan baharu untuk memenuhi selera selain menjadi hidangan permulaan untuk kebanyakan tempat yang menghidangkan makanan Korea.

Semua perisa baharu ini didatangkan dalam bentuk kerepek kentang TASTO rangup yang dihiris nipis dengan “Potongan V”. Proses ini memberi bentuk V pada kerepek bagi memaksimumkan liputan perisa dan memastikan pelanggan dapat menikmati rasa yang sepenuhnya dalam setiap gigitan. 

Selain daripada kerepek kentang TASTO, kraker beras Jepun yang baharu dari BJC, DOZO, disyorkan untuk kanak-kanak serta para ibu yang mahukan tenaga bagi menangani anak-anak mereka yang aktif atau semasa sibuk menguruskan rumah mereka.

Kraker Beras Jepun DOZO dibuat daripada beras Jepun bermutu tinggi dan disediakan dalam pelbagai pilihan perisa seperti Asli, Keju Jagung dan Rumpai Laut Jepun. 

Kraker beras yang berkhasiat ini dipanggang dalam ketuhar bagi memberikan snek yang sihat untuk pelanggan. Kraker ini juga memiliki saiz ideal yang boleh dibawa dan dimakan dengan mudah pada bila-bila masa untuk meningkatkan tahap tenaga atau melegakan perut yang lapar.

“Kami sangat teruja menawarkan tiga perisa eksotik baharu untuk kerepek kentang TASTO serta memperkenalkan kraker beras DOZO yang baharu kepada pengguna di Malaysia”, menurut 
pengarah urusan BJC Foods, Phillip Leong. 

“Pengenalan perisa Asia dan tempatan yang eksotik merupakan satu langkah berani dalam 
industri di mana kebanyakan pengeluar makanan snek mengambil jalan mudah dengan 
menyediakan perisa tradisional. Saya yakin bahawa pelanggan kami akan mendapati bahawa kualiti unggul dan rasa lazat produk menjadi sangat menyegarkan dan memenuhi selera. 

“Tambahan pula, saya juga berasa positif bahawa kraker beras DOZO baharu kami akan menjadi kegemaran dalam kalangan pelanggan yang aktif dan sentiasa mencari cara yang lebih sihat untuk mengekalkan tahap tenaga mereka,” jelas beliau lagi. 
Kerepek kentang TASTO perisa baharu kini boleh didapati di semua kedai runcit dan kedai 
serbaneka di seluruh Malaysia, manakala kraker beras DOZO dijual di kedai-kedai yang terpilih.

Linda dah pun rasa kerepek kentang TASTO dan juga Biskut Beras DOZO ni, memang rangup dan sangat sedap di makan semasa bersama keluarga semasa menonton tv dan juga semasa beriadah.

#tasto #dozo #bjcfoodsMy #bjc 

Sabtu, 9 November 2019

SEANUTS II [Pemakanan Kanak-kanak Malaysia Mungkin Kurang Nutrisi]

November 09, 2019 0 Comments
Pemakanan Kanak-kanak Malaysia Mungkin Kurang Nutrisi
Kajian baharu untuk terus mendapatkan maklumat lanjut dalam usaha menangani kekurangan zat makanan di rantau ini

Penyelidik utama bagi Kajian Nutrisi Asia Tenggara I (SEANUTS I) di Malaysia, Profesor Dr. Poh Bee Koon dari Fakulti Sains Kesihatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) percaya bahawa kanak-kanak di rantau ini, terutama kanak-kanak Malaysia, masih terkesan dengan tabiat pemakanan yang kurang nutrisi.

Walaupun kajian SEANUTS I telah selesai pada tahun 2011, Profesor Poh ketika berucap di majlis tandatangan kerjasama antara syarikat induk Dutch Lady Milk Industries Berhad (DLMI) FrieslandCampina dan UKM bagi merasmikan permulaan SEANUTS II berkata, bahawa kanak-kanak tempatan dan di rantau ini masih belum mendapat nutrisi yang cukup dalam diet mereka. 
Menurutnya lagi, tinjauan di Malaysia menunjukkan satu daripada lima orang kanak-kanak mempunyai berat badan berlebihan atau obes, hampir satu daripada 10 kanak-kanak terbantut untuk usia mereka, dan satu dalam 20 kanak-kanak mempunyai masalah kurang berat badan, hampir separuh daripada kanak-kanak tidak mendapat Vitamin D dan kalsium yang mencukupi, dan sebahagian besar kanak-kanak berumur antara 7 hingga 12 tahun adalah tidak aktif secara fizikal.

"Lebih membimbangkan lagi ialah penemuan yang menunjukkan bahawa, secara purata kanak-kanak Malaysia hanya minum setengah hidangan susu setiap hari, dan hanya 5% kanak-kanak sebenarnya meminum dua hidangan susu setiap hari, iaitu jumlah yang disarankan untuk membantu mereka mendapatkan keperluan harian kalsium dan vitamin D," tambah Profesor Poh.
Profesor Poh menekankan kepentingan sarapan untuk semua. "Sarapan perlu menyediakan 20% hingga 25% daripada keperluan pemakanan harian kita. Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak dan remaja yang biasa makan sarapan lebih cenderung untuk memiliki pengambilan mikro dan makronutrien yang lebih baik, kurang kemungkinan mempunyai berat badan berlebihan atau obes, dan lebih cenderung mempunyai tahap aktiviti fizikal yang lebih tinggi," katanya.

Profesor Poh juga menyarankan supaya tabiat minum susu sebagai sebahagian daripada amalan sarapan pagi sebagai salah satu cara untuk meningkatkan tahap nutrisi kanak-kanak Malaysia.

SEANUTS I merupakan satu kajian penting yang membantu membentuk fokus DLMI di Malaysia. Pengarah Urusan DLMI, Tarang Gupta berkata tinjauan yang diperoleh daripada penyelidikan ini membawa banyak pembaharuan dalam produk tenusu untuk menangani jurang nutrisi yang terdapat di kalangan kanak-kanak Malaysia. Ini termasuk peningkatan dalam tahap Vitamin D yang diperkayakan dan mengurang atau tidak menggunakan sukrosa atau gula tambahan.

"Hasil kajian SEANUTS I juga berjaya diterjemahkan ke dalam program pemakanan dan gaya hidup sihat untuk kanak-kanak sekolah seperti DrinkMoveBeStrong, yang menggalakkan pengambilan dua gelas susu dan satu jam aktiviti fizikal sehari di bawah program anugerah sekolah kerajaan," katanya.

Tarang berkata kesedaran akan jurang nutrisi juga menggalakkan DLMI menganjurkan kempen sarapan setiap tahun sejak 2016. Ini dilakukan untuk menggalakkan keluarga Malaysia mengambil lebih banyak susu.

"Sarapan adalah makanan pertama yang diambil selepas 8 hingga 12 jam berpuasa dari makanan terakhir. Sarapan memberi tenaga kepada badan dan otak kita dengan menyediakan nutrisi yang kita perlukan untuk menjalankan kehidupan harian kita. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) juga mengiktiraf susu sebagai sumber makanan lestari atau makanan lengkap, membantu mengelakkan penyakit tidak berjangkit di kalangan orang dewasa dan kanak-kanak."

"Inilah sebabnya sebagai syarikat tenusu terkemuka di Malaysia, kami terus menggalakkan pengguna untuk mengambil sarapan pagi kegemaran warga Malaysia, misalnya nasi goreng, sandwic atau nasi lemak bersama susu untuk sarapan pagi yang lengkap."
Memandangkan susu mengandungi beberapa mikronutrien termasuk kalsium dan Vitamin D, makan sarapan bernutrisi yang merangkumi susu membantu orang dewasa dan kanak-kanak memenuhi keperluan mikronutrien harian mereka," katanya.

Menyentuh tentang sarapan pagi untuk kanak-kanak sekolah, Tarang berkata: "Dutch Lady Milk Industries Berhad membekalkan susu kepada kanak-kanak di Terengganu dan Kelantan di bawah Program Susu Sekolah Kementerian Pendidikan dari tahun 2010 hingga 2017; dan kami ingin terus membekalkan susu kepada kanak-kanak yang masih bersekolah menerusi Program Sarapan Pagi yang dijadualkan bermula tahun depan."

"Sarapan pagi yang sihat yang merangkumi susu bukan sahaja membantu menangani tiga masalah kekurangan zat seperti yang dilaporkan dalam SEANUTS I, ia juga akan membekalkan nutrisi penting lain yang mana ramai kanak-kanak Malaysia tidak mendapatkannya dengan cukup daripada pengambilan makanan mereka," katanya.

Tinjauan yang didapati daripada SEANUTS I amat penting dalam mengenal pasti jurang nutrisi yang wujud di rantau ini. Walau bagaimanapun, lebih banyak data diperlukan untuk membantu semua pihak berkepentingan dalam merangka strategi untuk menangani isu-isu ini. Oleh itu, FrieslandCampina dan UKM hari ini menandatangani perjanjian yang membuka jalan bagi kajian kedua yang akan dijalankan, iaitu SEANUTS II.

Selain daripada Tarang dan Profesor Poh, majlis Memorandum Persefahaman tersebut turut dihadiri oleh Profesor Dr. Suzana Shahar, Dekan, Fakulti Sains Kesihatan, UKM, Profesor Dr. Hidayatul Fathi Othman, Timbalan Dekan (Jaringan & Penjanaan), UKM, dan Professor Dr Siti Balkis Budin, Timbalan Dekan  (Kajian and Inovasi), UKM, serta Panam Parikh, Pakar Utama, Pembangunan Nutrisi Global, FrieslandCampina & Koordinator Program, SEANUTS I & II.
Menurut Panam, SEANUTS I sudah menjadi kajian nutrisi dan kesihatan yang terbesar dan paling menyeluruh yang pernah dijalankan di Asia Tenggara, di mana sejumlah 16,744 kanak-kanak berumur antara enam bulan hingga 12 tahun dikaji. Panam berkata FrieslandCampina bekerja rapat dengan institut dan universiti terkemuka di Indonesia, Thailand, dan Vietnam, dan dengan UKM di Malaysia untuk menyelesaikan kajian tersebut pada tahun 2011.
"Kami gembira untuk bekerjasama dengan UKM sekali lagi bagi SEANUTS II Malaysia. Edisi kedua kajian serantau ini akan melibatkan kira-kira 18,000 kanak-kanak termasuk 4,000 kanak-kanak dari Malaysia," katanya.

Panam berkata pemahaman tentang nutrisi yang baik adalah faktor penting dalam pertumbuhan, kesihatan dan perkembangan kanak-kanak. "FrieslandCampina" telah bekerjasama dengan kerajaan, NGO dan pakar pemakanan dan profesional penjagaan kesihatan untuk mendidik dan memberi inspirasi kepada keluarga tentang nutrisi yang baik dan gaya hidup yang sihat untuk menyokong perkembangan kanak-kanak. Kami berharap dapat meneruskan dialog ini dan melanjutkan kerjasama dengan SEANUTS II," katanya.

"Kajian ini akan memberi kita  lebih pengetahuan mengenai jurang nutris kanak-kanak di rantau ini dan membantu kami untuk terus mengembangkan produk tenusu dan gaya hidup yang memenuhi keperluan mereka," tambah Panam.

Bagi SEANUTS II, maklumat yang akan dikumpulkan adalah berkaitan dengan status nutrisi, pertumbuhan, pengambilan makanan, aktiviti fizikal dan parameter biokimia kanak-kanak berusia enam bulan hingga 12 tahun. Oleh kerana masalah kekurangan zat makanan yang teruk di rantau ini, kaji selidik tersebut akan memberi tumpuan tambahan untuk mendapatkan pemahaman mengenai penggunaan protein dan khasiat, kerana protein adalah zat asas yang kritikal untuk pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. 

Keputusan dijangka akan diperoleh pada tahun 2021 dan akan digunakan untuk membangunkan kaedah campur tangan khusus sesebuah negara, memperkukuhkan pengetahuan saintifik dan menyokong dasar kerajaan.

Jumaat, 8 November 2019

Pynocare [kembalikan Tona Kulit Yang Sekata Bagaikan Kristal Dari Dalam]

November 08, 2019 0 Comments
 Assalammualaikum dan salam sayang semua...

Pynocare [kembalikan Tona Kulit Yang Sekata Bagaikan Kristal Dari Dalam] Pynocare  adalah supplements kesihatan de-pigmentasi oral yang pertama keluaran Biolife Malaysia dan merupakan kombinasi ramuan tumbuhan semulajadi, yang boleh melindungi kulit  wajah kita daripada penuaan pra-matang serta tona kulit yang tidak sekata.

Ia didatangkan dengan perumusan proprietari terobosan - MSCC Complex Actisome™,  meningkatkan bioavailability untuk penyerapan yang lebih baik (Meningkatkan manfaat). 

Pynocare adalah produk halal yang telah disahkan. Semua ramuan dibuat dari bahan semulajadi dan bebas daripada sebarang bahan pengawet.

Kebanyakkan daripada kita tahu bahawa banyak punca kepada terjadinya masalah kulit tapi masih ramai yang tidak menyedarinya atau mungkin tidak mahu mengendahkannya. Di sini Linda senaraikan antara punca-punca berlakunya masalah kulit antaranya ialah ;

1. 🌞  Cahaya Matahari : Faktor Utama

2. 💉Perubahan Hormon ~ Kehamilan, Pil Kontraseptif

3. ⚙ Masalah Endokrin ~ Tiroid dan Ovari

4.👄Kosmetik yang bertoksik pada cahaya ~ Merkuri, Asid Salisilik

5.💊Ubat-ubatan yang bertoksik pada cahaya ~ Antibiotik, Ubat Anti Keradangan.

Esen untuk Tona Kulit yang Sekata Bagaikan Kristal

Pynocare melindungi kulit daripada penuaan pramatang dan nada kulit yang tidak rata melalui:


🔸️Pertahanan dari Radikal Bebas 
~ membekalkan antioksidan yang berkuasa untuk melawan radikal bebas yang menjadi pencetus utama kulit tidak sekata.

🔹️Pelindung UV
~ Antioksidan juga meningkatkan pertahanan terhadap kerosakan kulit yang disebabkan oleh cahaya UV.

 Pynocare membekalkan 

🎄Ektrak Kulit Kayu Manis Pain Maritim Perancis ;

~Kaya dengan procyanidin oligomerik (OPCs) dan bioflavonoid yang berfungsi sebagai antioksidan dalam menghapuskan radikal bebas. 

~Berupaya untuk membentuk lebih banyak struktur antioksidan dengan mengitar semula vitamin C dan menghasilkan vitamin E.

🍊Vitamin C ;

~Merupakan Antioksidan Semulajadi

~Melindungi kulit daripada UVA, UVB , dan cahaya yang boleh dilihat.

~Menghalang penghasilan dan pembentukan melanin

~Bekerjasama dengan Vitamin E.

🥦Ekstrak D.Salina ;

~Membekalkan sumber semulajadi yang kaya dengan karotenoid, beta karotena.

~Merupakan antioksidan semulajadi yang melindungi membran sel dari pengoksidaan lipid dan kerosakan yang disebabkan oleh cahaya UV.

☀️Vitamin E ;

~Sebagai antioksidan larut lemak utama yang menghalang pengoksidaan lipid dan menghapuskan radikal bebas

~Memberi perlindungan UV serta mengurangkan kesan-kesan penuaan. 

Alhamdulillah, Linda sendiri dah cuba amalkan pengambilan Pynocare ini cuma kesannya mungkin ambil masa sedikit kerana ia menggunakan bahan-bahan semulajadi. Cuma apapun yang kita amalkan, jangan sesekali skip pengambilannya. Ramai juga pelanggan yang cuba amalkannya setiap hari dan mendapat maklumbalas yang positif...anda bila lagi..!!!
Terdapat 5 × 10 kapsul sofgel dalam setiap kotak. Cara pengambilannya adalah 2 kapsul sehari selepas makan. Pastikan hangpa minum air putih yang mencukupi supaya tindakbalas nya berkesan. 

Jom, dapatkan sekarang di link farmasi terpilih; untuk kembalikan Tona Kulit Yang Sekata Bagaikan Kristal Dari Dalam...

•Lazada:  http://Biolife.2.vu/Lazada-Pynocare
•CARiNG: http://Biolife.2.vu/CARiNG-Pynocare 
•Watsons: http://Biolife.2.vu/Watsons-Pynocare

#pynocare #PynocareMalaysia
#MegaBIOLIFE #BioLifeMalaysia 
#HealthyBlogger #LifestyleBlogger
#Beautyblogger